Op Khas JPJ | 968 kenderaan dikenakan tindakan

2022-07-22 0

Membawa lebihan muatan dan muatan merbahaya merupakan antara kesalahan paling tinggi dikesan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor menerusi operasi khas rentas sempadan.

Pengarah JPJ Johor, Azmil Zainal Adnan berkata sepanjang operasi tiga hari itu, 1,070 kenderaan diperiksa dengan 968 dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan.